Saturday, April 24, 2010

PM HARI VASAKHI

PM HARI VASAKHI 23.4.2010 [[PERAK]]

sungguhpun minority tetapi sumbangan masyarakat Sikh adalah besar dan sangat dihargai.

demikian kenyataan perdana menteri, dato seri mohd najib abdul razak.

beliau turut menyifatkan golongan itu sebagai wira Negara apabila mereka bersama-sama menentang komunis semasa perang dunia kedua.

dato seri mohd najib berkata demikian dihadapan lebih 30 ribu tetamu sempena sambutan hari vasakhi satu Malaysia peringkat kebangsaan di ipoh.

beliau mengakui majlis itu amat berjaya dengan kehadiran masyarakat Sikh dari pelbagai negeri yang berkumpul di bawah naungan konsep satu Malaysia.

sambutan hari vasakhi ini adalah julung kali diadakan dengan inisiatif persatuan masyarakat sikh perak UPSO dengan kerjasama kerajaan negeri Perak.

hadir sama ke majlis ini isteri perdana menteri, datin seri rosmah mansor dan menteri besar perak, dato seri dr zambry abdul kadir.

end//

No comments:

Post a Comment