Tuesday, April 27, 2010

DENGGI PERAK APRIL

DENGGI APRIL 28.4.2010
8 PG

sehingga 24 april lalu, 544 kes demam denggi dilaporkan berlaku di Perak. jumlah itu menunjukkan penurunan kes 62 peratus berbanding tahun lalu.

daerah kinta mencatatkan jumlah tertinggi kes iaitu 184. manakala purata kes di daerah lain antara 16 hingga 68 kes.

dalam satu sidang media di ipoh, exco kesihatan, dato dr mah hang soon berkata pihaknya sering mengambil pendekatan serius dalam menangani isu denggi.

kempen kesedaran giat dilakukan. media dijadikan saluran untuk memberi penerangan dan penjelasan kepada orang ramai berhubung wabak denggi.

semalam, timbalan menteri kesihatan Datuk Rosnah Shirlin Rashid
menasihatkan langkah pencegahan perlu diambil dengan mengekalkan tahap kebersihan persekitaran.

amalan kempen 10 minit 3 kali seminggu untuk mengenalpasti tempat berisiko pembiakan nyamuk.

end//baizura

No comments:

Post a Comment