Wednesday, December 16, 2009

AHLI MAJLIS-GUGUR

MAH AHLI MAJLIS

Ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) yang bermasalah di Perak akan digugurkan sebaik sahaja kajian laporan prestasi mereka selesai.

Tindakan tegas akan diambil tanpa mengambilkira fahaman parti politik mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata kerajaan negeri tidak akan berkompromi dengan ahli majlis yang gagal menunjukkan prestasi berkesan sejak pelantikan mereka enam bulan lalu.

Beliau berkata pihaknya sedang mengkaji prestasi semua 349 ahli majlis yang terkandung dalam Laporan Kehadiran dan Prestasi yang disediakan 15 PBT di negeri itu.

Menurutnya, berpandukan kepada laporan yang disifatkan sebagai kad laporan prestasi…. pihaknya akan mengenalpasti ahli majlis yang gagal menjalankan tugas.

Tindakan tegas itu termasuk menggugur dan menggantikan dengan ahli majlis baru yang lebih berwibawa .

Beliau sebelum itu mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan di Ipoh.

Katanya lagi, langkah itu diambil bagi menjaga nama baik setiap PBT di negeri.

End/// Hasif Awang Idris

No comments:

Post a Comment