Saturday, December 26, 2009

KEMALANGAN MAUT

Sepuluh penumpang maut manakala dua lagi cedera apabila bas dua tingkat Sani Express yang membawa 48 penumpang terbabas dan melanggar pembahagi jalan di KM2 72.8, Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara,.

Ketua Polis Trafik Perak, Supritenden Wan Abdullah Ishak ketika mengesahkan kejadian tersebut berkata ia berlaku 1 pagi tadi kira-kira lapan kilometer selepas Plaza Tol Ipoh Selatan..


Seorang daripada mangsa yang cedera itu dilaporkan parah.


Bas 2 tingkat ini dikatakan dalam perjalanan dari Klang menuju Alor Setar dan Kangar.

Kesemua 10 mangsa yang maut telah dikenalpasti identiti mereka.

Siasatan terperinci dibuat untuk mengetahui punca sebenar kemalangan.

Bagaimanapun polis tidak menolak ia berpunca daripada pemandu mengantuk dan bas dipandu melebihi had laju yang ditetapkan.

Dua penumpang yang cedera dihantar ke hospital Raja Permaisuri Bainun untuk rawatan.

Mayat 10 mangsa yang maut juga dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat.

Manakala pemandu bas dan pemandu simpanan ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 .

END###

No comments:

Post a Comment