Monday, December 7, 2009

MENANG ECO ADVENTURE PERAK AMAN JAYA

Pasukan dari Sweden -- World of multisport.com muncul juara keseluruhan perlumbaan sukan lasak Perak Aman Jaya Eco Adventure 2009 dengan catatan masa keseluruhan 15 jam, 30 minit dan 7 saat .

Pasukan Sweden itu mengatasi 15 pasukan lain yang diwakili atlet-atlet dalam kedudukan 50 terbaik dunia.

Tempat kedua diungguli pasukan gabungan Perancis dan Australia yang menggelarkan diri mereka Chiru Racing Bikes dengan masa 15 jam 50 minit 36 saat.

Manakala ditempat diketiga dimenangi pasukan dari Amerika Syarikat, Tecno Extrem Solar Adventure dengan masa 15 jam 51 minit 55 saat

Juara membawa hadiah sebuah trofi dan wang tunai sebanyak 15 ribu dolar amerika, tempat ke 2 akan membawa sebuah trofi beserta 7 ribu dolar amerika manakala tempat ke 3 turut memenangi sebuah trofi dan wang tunai sebanyak 5 ribu dolar amerika.

Lebih membanggakan, pasukan Malaysia iaitu Salomon TLDM yang dianggotai oleh Mohd Fuzi Dollah dan Heidilee Mohammad berada di tempat keempat dengan catatan masa 15 jam 54 minit 53 saat.

Perak Aman Jaya Eco Adventure 2009 yang bermula sejak 2 Disember lalu menyaksikan 16 pasukan bertarung dalam 4 peringkat di 4 lokasi yang mencabar bermula dari Pulau Banding, Taiping, Kampar dan akhir sekali di Pulau Pangkor.

Dengan jarak keseluruhan 186 kilometer dengan 4 displin utama iaitu berlari, berbasikal, berenang dan berkayak. ##

No comments:

Post a Comment