Tuesday, December 22, 2009

BUTIK EKONOMI

O-R-S Factory Outlet, syarikat tempatan yang mempelopori jualan terus dari kilang pakaian berjenama di Ipoh, mensasarkan jualan bersih sebanyak 1.5 juta ringgit.

Sasaran itu adalah berdasarkan hasil jualan tiga butiknya di seluruh Perak sepanjang tahun 2010.

Pengurus Besarnya, Azmi Abdul Malik berkata sasaran itu mampu dicapai berikutan permintaan menggalakkan daripada pelanggan khususnya di Perak terhadap pakaian berjenama yang mampu diperolehi dengan harga murah.

Buat masa ini, dua premis beroperasi di Greentown Nova di Pusat Bandar Seri Manjung manakala butik terbaru akan dibuka di bandar Taiping dalam masa terdekat.

Apa yang menarik, orang ramai boleh mendapatkan pakaian berjenama yang menjangkau sehingga seribu ringgit sehelai dengan harga di bawah harga seratus ringgit menerusi jualan terus dari kilang.

O-R-S Factory Outlet turut menawarkan koleksi pakaian berjenama untuk kanak-kanak seperti GAP, Old Navy dan Osh Kosh pada harga yang berpatutan.

Banyak pakaian yang terdapat di butik ini adalah fesyen terkini yang terdapat di pasaran.

END//SAMAT####

No comments:

Post a Comment