Tuesday, December 29, 2009

PEMANDU DITUDUH

MAHKAMAH PUTUS

Mahkamah Khas Trafik semalam memutuskan...3 Februari tahun depan ditetapkan sebagai tarikh perbicaraan pemandu bas Sani Ekspres, Mohd Kamil Mohd Rashid.

Dia didakwa atas tuduhan memandu secara merbahaya, sehingga menyebabkan 10 penumpang terkorban Sabtu lalu, di Kilometer 280.3 Lebuhraya Utara Selatan dekat Ipoh.

Majistret Mahkamah Khas Trafik, Mohamed Ruhizat Abdullah turut mengarahkan lesen tertuduh digantung serta-merta sehingga kes selesai.

Kes didakwa mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 pindaan 1999, yang membawa kepada hukuman penjara antara 2 hingga 10 tahun serta denda antara lima hingga 20 ribu ringgit.

Tertuduh meminta kesnya dibicarakan.

Majistret menetapkan tertuduh diikat jamin sebanyak 20 ribu ringgit dengan seorang penjamin.

Sebelum itu, tertuduh merayu supaya ikat jaminnya dikurangkan kerana dia tiada rekod jenayah dan mempunyai jumlah tanggungan yang ramai.

End//baizura##

No comments:

Post a Comment