Saturday, December 26, 2009

WAQAF KLINIK

WAQAF KLINIK

Klinik Waqaf An Nur yang pertama di Perak terletak di Kampung Tengku Hussein Baru, Manjoi akan beroperasi pada 1 Januari depan.
Exco kerajaan Negeri, Datuk Hamidah Osman berkata, klinik itu yang terletak di Masjid Al-Ittihadiah adalah berdasarkan konsep waqaf dengan menyediakan perkhidmatan rundingan dan rawatan pesakit luar kepada semua golongan kurang berkemampuan tanpa mengira kaum dan agama dengan bayaran hanya 5 ringgit.
Beliau berkata program komuniti sedemikian adalah bagi mengembalikan fungsi asal masjid sebagai pusat untuk memberikan khidmat kepada masyarakat
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian usahasama penubuhan klinik itu antara Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) dan Kumpulan Perubatan Johor Sdn. Bhd. (KPJ), di Hospital Pakar Ipoh.
Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria dan Setiausaha Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Datuk Mohamah Nor Mansor mewakili Majlis Agama Islam Perak manakala KPJ diwakili oleh Pengurus Besar Kanannya Yusof Ismail menandatangani perjanjian tersebut.

Datuk Hamidah berkata Klinik Waqaf An Nur yang kedua di Perak akan dibina di Masjid Ibnu Salam, Pengkalan Pegoh di Lahat juga awal tahun depan.

Setiap klinik itu menerima peruntukan tahunan 250 ribu ringgit daripada KPJ bagi menjalankan operasinya.

End///

No comments:

Post a Comment