Monday, December 28, 2009

ROMPAK TUMPAS

ROMPAKAN TUMPAS

Polis Perak berjaya menumpaskan satu rompakan melibatkan wang tunai berjumlah 580 ribu ringgit di Ipoh tengahari ini berikutan tertangkapnya dua daripada lima perompak terbabit.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alias berkata dalam kejadian pada pukul 1.00 tengahari itu, dua perompak menyamun beg mengandungi wang tunai dari sebuah van keselamatan di Bercham, Ipoh.

Wang tersebut merupakan kutipan daripada beberapa premis perniagaan di sekitar Ipoh.

Sebaik menerima laporan dari orang awam, pihak polis bertindak dan berjaya mengesan kereta yang digunakan perompak berkenaan di Jalan Gopeng – Kampar.

Dua pengawal dari syarikat keselamatan dan dua anggota polis mengalami kecederaan dalam kejadian itu. Pihak polis berjaya memperolehi semula beberapa beg mengandungi wang tunai dan ‘pump gun’ yang dirampas oleh perompak terbabit. Jumlah wang bagaimanapun belum dapat dipastikan.

Polis masih meneruskan siasatan memburu 3 lagi perompak. Orang ramai diminta menghubungi pihak polis sekiranya menemui tiga lelaki yang mencurigakan yang menggunakan kenderaan Toyota Alphard.

End//rosmawati

No comments:

Post a Comment