Tuesday, December 8, 2009

SAKIT-DATUK CHEK HASHIM

Bekas kakitangan RTM Datuk Chek Hashim Embi, kini terlantar di hospital akibat kancer tulang.

Kini beliau dirawat di Hospital Sri Manjung, Perak.

Menurutnya, penyakit yang dialaminya tidak boleh dibedah.

Ini kerana, jika berbuat demikian akan memberikan risiko yang besar.

Beliau hanya mendapatkan rawatan susulan setiap bulan untuk mengawal kancer daripada merebak lebih teruk .

Ketika ditemubual, hanya linangan air mata yang membasahi pipi dek kerana terharu dengan kedatangan rakan-rakan RTM melawatnya.

Hadir sama menziarahinya adalah pengarah RTM Perak Noriani Mohd Idris dan kakitangan serta Pegawai Khas Adun Pangkor Azri Jaafar.

Datuk Chek Hashim Embi memulakan kerjayanya di RTM pada tahun 1965 sebagai Pembantu Siaran di RTM Pulau Pinang.

Pada tahun 1982, beliau pernah muncul di kaca televisyen sebagai pembaca berita.

Jawatan akhir beliau adalah sebagai pengarah Penyiaran negeri Pahang pada tahun 1999.

Beliau yang berumur 65 tahun berkhidmat di RTM selama 35 tahun.
Katanya, sepanjang beliau berada di hospital isterinya banyak membantu beliau dan menjaganya sepenuh masa.

Justeru itu, beliau tidak mengharapkan apa-apa pertolongan dari orang ramai bahkan rakan-rakan sendiri tetapi kehadiran rakan-rakan terutamanya dari RTM sedikit sebanyak dapat mengubat kerinduan dan mengembirakan hati beliau .

End///

No comments:

Post a Comment