Friday, February 5, 2010

BEBAS DADAH

BEBAS DADAH
Di mahkamah tinggi ipoh, seorang warga tempatan dan seorang warga Thailand bebas daripada tuduhan memiliki dadah melebihi 26 kilogram.

Walaupun mengemukakan 10 orang saksi, pihak pendakwa raya tetap gagal membuktikan pemilik sebenar dadah tersebut.

Pada julai 2004 lalu, pasukan polis menahan sebuah van di kampar, perak yang disyaki membawa dadah.

Ketika penahanan dibuat, chong kim teck dan mamah yunu yang berada di dalam van tersebut cuba melarikan diri namun berjaya ditangkap.

Hasil pemeriksaaan ke atas van berkenaan, mendapati 19 bungkusan dadah jenis candu mentah dijumpai di bahagian dinding van tersebut.

Tertuduh kemudiannya di tahan di bawah seksyen 39 b (1)(a) akta dadah berbahaya 1952.
Sebelum ini dipercayai, mamah yunu pernah ditahan atas kesalahan memasuki negara ini tanpa menggunakan dokumen yang sah.

End//baizura

No comments:

Post a Comment