Wednesday, February 3, 2010

REMAN SELUDUP PASIR

Mahkamah majestriet ipoh, mengeluarkan arahan reman lima hari sehingga 7 februari ini ke atas dua suspek yang ditahan bagi membantu siasatan kes penyeludupan pasir.

Permohonan reman itu dikemukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak .

Suspek berusia 50 dan 52 tahun itu ditahan di tempat yang berasingan.

Menurut jurucakap s-p-r-m, suspek merupakan anggota penjawat awam yang bertugas di pejabat daerah dan jabatan pengairan dan saliran Kuala kangsar.

Sebelum ini, SPRM Perak telahpun menahan empat suspek berhubung kes yang sama dan dua daripada mereka sedang menghadapi perbicaraan.

Bulan lepas, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Mohd Shukri Abdul mengumumkan penangkapan 34 orang di lima negeri kerana disyaki terbabit dalam aktiviti mencuri dan menyeludup pasir.
End//

No comments:

Post a Comment