Monday, February 8, 2010

HUSNI SOKONG

HUSNI SOKONG

Empat tonggak pembangunan dalam pelaksanaan agenda kerajaan tahun ini akan mendapat sokongan dari pelbagai pihak diyakini kerajaan.

Menteri Kewangan ke dua, Datuk Seri Mohd Husni Hanadzlah berkata keempat-empat tonggak itu gagasan "1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan", Program Transformasi Kerajaan (GTP), Model Ekonomi Baru dan Rancangan Malaysia Ke-10.

Dua perkara lain yang menjadi sebahagian daripada empat tonggak itu ialah pemikiran yang kreatif dan inovatif serta kepantasan membuat keputusan, dasar dan pelaksanaan, yang berkaitan dengan daya saing sesebuah negara.

Ia merupakan satu usaha bagi memacu perpaduan nasional yang membawa kepada kestabilan dan bergerak dalam satu keluarga yang besar untuk menuju matlamat yang sama.

Datuk Seri Husni sebelum itu menyampaikan sumbangan tahun baru cina kepada 700 warga emas dan orang kurang upaya (OKU) di kawasan Tambun.##

No comments:

Post a Comment