Thursday, February 4, 2010

CUTI TANPA REKOD

Cuti tanpa rekod selama 42 hari akan diberikan kepada penjawat awam yang menderma organ mereka.

Perkara itu diumumkan oleh ketua pengarah perkhidamtan awam, tan sri ismail adam.
menerusi Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2010, cuti berkenaan diberikan kepada pegawai perkhidmatan awam yang dilantik secara tetap, sementara, kontrak, sangkut dan guru sandaran.

jelas tan sri ismail, cuti itu akan dikira mulai dari tarikh pegawai dibenarkan pulang ke rumah menjalani proses pemulihan.

Kemudahan cuti sakit juga boleh diberikan sepanjang tempoh pegawai dimasukkan ke hospital untuk menjalani ujian, pembedahan dan tempoh sebelum discaj dari hospital.

Walau bagaimanapun, kemudahan cuti tanpa rekod ini hanya dipakai untuk pembedahan di dalam negara sahaja.

end

No comments:

Post a Comment