Friday, February 12, 2010

TRANSFOMASI

TRANSFOMASI

Agenda transformasi pembangunan yang menjadi fokus kerajaan bermula dengan daya pemikiran dan pembentukkan sikap masyarakat.

Bagi memastikan pemacuan ke arah negara berdaya saing menjelang 2020 pelaksanaan itu perlu digerakkan mulai sekarang.

Menurut timbalan pengarah mampu, abdul rahim mad noor, kayu pengukur kepada pembangunan tidak semata-mata berteraskan kepada sumber kekayaan negara mahupun faktor usia negara itu sahaja.

Dengan pelan strategic yang menyeluruh, ia perlu disempurnakan oleh badan pelaksana yang prograsif sebagai pemangkin menggerakkan misi dan visi kerajaan itu.

Abdul rahim berkata demikian dalam sesi taklimat program transformasi pengurusan perkhidmatan awam negeri perak di ipoh.

Ia dihadiri hampir 500 ketua dan pegawai jabatan kerajaan.

Sebelum itu, dalam ucapan setiausaha kerajaan negeri, dato abdul rahman hashim, Perak kini mempunyai pelan strategic yang berteraskan kepada misi kerajaan iaitu melalui gagasan perak amanjaya.

Elemen kualiti menjadi keutamaan dengan bersandarkan kepada tujuh aspek keberhasilan.

End//baizura

No comments:

Post a Comment