Thursday, February 25, 2010

STPM PERAK

STPM PERAK

Seramai 4-ribu 212 daripada 4-ribu 399 calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia S-T-P-M di sekolah kerajaan di Perak tahun lalu mencatat keputusan lulus penuh.

Pengarah Jabatan Pelajaran Perak Mohd Radzi Abd Jabar berkata ia mencatat 95.75 peratus keputusan, mengatasi pencapaian nasional sebanyak 94.68 peratus.

48 pelajar mendapat A dalam semua mata pelajaran yang diambil.

Beliau berkata 292 calon lulus lima prinsipal, 2-ribu tiga lulus 4 prinsipal, 866 lulus 3 prinsipal manakala 597 lulus dua prinsipal dan 44 lulus satu prinsipal.

Kementerian Pengajian Tinggi menetapkan bahawa pemilihan masuk ke institusi pengajian tinggi awam I-P-T-A hanya mengambil kira empat mata pelajaran.

Dalam pada itu SMK Sam Tet, Ipoh mencatat keputusan cemerlang dimana 21 pelajarnya mencatat keputusan empat prinsipal A.

Bagaimanapun salah seorang pelajarnya, Gavin Loo Koon Yit merupakan satu-satunya pelajar di negeri ini mendapat lima prinsipal A.

Lain-lain keputusan empat prinsipal A ialah SMK Methodist ACS Ipoh – tujuh orang, SMK Anderson Ipoh – lima, SMK Tasek – tiga, SMK Methodist ACS Sitiawan dan SMK Dr Burhanuddin Taiping masing-masing dua orang dan seorang bagi SMK Seri Keledang Menglembu, SMK Seri Ampang Ipoh, SMK Kg Pasir Putih, SMK Panglima Bukit Gantang Parit Buntar, SMK St Anthony Teluk Intan, SMK Hua lian Taiping, SMK Dato’ Kamaruddin Batu Kurau dan SMK Dato’ Ahmad Lenggong.

End//

No comments:

Post a Comment