Wednesday, February 24, 2010

RMK 10

Kerajaan negeri Perak akan membentangkan pelan jangka panjang pembangunan negeri kepada kerajaan persekutuan esok untuk dibangun dan dimasukkan dalam RMK 10.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata pelan tersebut dibina berdasarkan 7 keberhasilan Perak Aman Jaya yang telah ditetapkan.

Pelbagai aspek disentuh antaranya mentransformasi pentadbiran dan memberi penumpuan pada pembangunan berimpak besar kepada rakyat.

Jelas beliau, dalam aspek pentadbiran penumpuan akan diberikan dalam mengurangkan jangka waktu berurusan dengan rakyat, disamping mengemaskini kelemahan pentadbiran negeri demi kebaikan bersama.

Beliau berkata demikian selapas menghadiri masjlis bersama kakitangan awam di Manjung.

Tambahnya lagi, kerangka kerja perak aman jaya ini terarah kepada pembangunan ekonomi rakyat yang seimbang yang selaras dengan dasar kerajaan pusat.

Perak merupakan negeri yang pertama menyiapkan pelan jangka masa panjang untnk dibentangkan kepada kerajaan untuk dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke 10.

End//hakimie

No comments:

Post a Comment