Friday, February 26, 2010

JEJAK PENYAYANG

JEJAK PENYAYANG

Kenal pasti rakyat miskin melalui program jejak masyarakat penyayang adalah mekanisme yang dilaksanakan oleh bahagian UMNO gopeng.

Dengan bantuan komponen MIC dan MCA seramai 2 ribu 225 rakyat sekitar kawasan itu telahpun didaftarkan dalam program e-kasih. 316 orang daripadanya kaum Cina dan 228 orang kaum India.

Ketua bahagian Umno gopeng, dato hamzah mohd kassim berkata, jumlah berkenaan walau bagaimanapun bukanlah menunjukkan 100 peratus masalah miskin tegar di gopeng itu berjaya diselesaikan.

Justeru, pada 28 februari ini, program jejak masyarakat penyayang terus diadakan di dewan bandaran gopeng bermula pukul 2.30 petang.

Selain menjejak fakir miskin, sumbangan bantuan juga akan diberikan.

pada masa yang sama, rumah terbuka sempena tahun baru cina komponen Barisan Nasional Gopeng akan dianjurkan.

Dijangkakan setiausaha politik perdana menteri, dato shafie Abdullah akan menghadiri program ini.

End//baizura

No comments:

Post a Comment