Monday, February 8, 2010

CURI TNB

Sebuah pengubah atau transformer bernilai 100 ribu ringgit milik tenaga nasional berhad hampir di curi.

Kejadian berlaku di sebuah pencawang di kawasan perindustrian tekah, simpang pulai yang melibatkan tiga lelaki berusia 40 an.

Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias, ketiga-tiga lelaki tersebut dipercayai diupah untuk membawa alat berkenaan ke kuala Lumpur.

suspek ditahan polis sejurus selepas pengawal TNB di kawasan berkenaan memaklumkan mengenai kehilangan alat berkenaan pada pukul 9 pagi semalam.

ketika ditahan tiga lelaki itu berada dalam sebuah lori yang membawa pengubah berkenaan yang tidak jauh dari kawasan perindustrian tersebut.
Kesemua suspek ditahan reman untuk siasatan lanjut.

End//

No comments:

Post a Comment