Sunday, February 7, 2010

EKONOMI ORANG ASLI

Masyarakat orang asli di Pos kemar, Gerik bakal mengusahakan projek penternakan dan pertanian yang bertujuan menjana pendapatan mereka.

Timbalan menteri perdagangan dalam negeri , koperasi dan kepenggunaan, Dato Tan Lian Hoe berkata ia dapat mempelbagaikan kegiatan ekonomi mereka yang sebelum ini hanya bertumpu kepada hasil hutan semata-mata.

Mereka dijangka akan mengusahakan ternakan ayam dan penanaman cili.

dato tanmembuta kenyataan itu semasa mengadakan program turun padang KPDNKK serta majlis penyampian sumbangan kepada masyarakat orang asli di Gerik.

Majlis ini turut disertai angkatan tentera Malaysia A-T-M di bawah program jiwa murni, kementerian pertahanan.

Dalam perkembangan lain, Dato tan yang juga ahli parlimen Gerik berkata, pihaknnya akan mencari penyelesaian berhubung keperluan prasarana dan kemudahan yang masih belum dinikmati oleh masyarakat di sini.

Antaranya keperluan pencawang komunikasi, bekalan air dan elektrik serta pembinaan asrama di Sekolah kebangsaaan pos kemar.
End/baizura

No comments:

Post a Comment