Monday, February 8, 2010

MURUGIAH PENJAWAT AWAM

MURUGIAH PENJAWAT AWAM

Bagi mengisi kekosongan jawatan sektor perkhidmatan awam, lebih ramai penjawat awam dari kaum india akan diambil.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah berkata kerajaan prihatin dengan masyarakat itu dan telah mengeluarkan arahan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam S-P-A bagi meningkatkan pengambilan kaum India.

Datuk Murugiah berkata S-P-A turut memberi akuan tersebut dalam satu sesi dialog yang diadakan.

Bagaimanapun pengambilan tetap berdasarkan kepada kelulusan setimpal.

Daripada 1.2 juta penjawat awam di negara pada masa ini, 51 ribu terdiri daripada kaum India.

Datuk T. Murugiah berkata demikian selepas mengadakan majlis dialog dengan 200 pertubuhan bukan kerajaan NGO di Ipoh.

Pada majlis dialog itu beliau menyeru NGO supaya memainkan peranan mengurangkan kadar jenayah di kalangan belia kaum india.##

No comments:

Post a Comment