Saturday, February 13, 2010

HUJAH

HUJAH

Kemenangan dato seri dr zambry abdul kadir sebagai menteri besar perak diputuskan mahkamah persekutuan 9 februari lalu adalah berdasarkan kepada undang-undang tubuh kerajaan negeri perak serta menggunapakai sisitem raja berpelembagaan.

justeru Sultan Melayu mempunyai hak mutlak ke atas 2 perkara iaitu melantik Menteri Besar dan membubarkan Dewan Undangan Negeri dun.

ketika dato seri mohd nizar jamaluddin hilang majority dalam dun, beliau menghadap Sultan Perak pada 4 Februari 2009 dan memohon membubarkan dun, namun ianya tidak mendapat perkenan Sultan Perak.

Malah, keengganan dato seri mohd nizar meletakkan jawatan sebagai menteri besar apabila dititahkan Sultan Perak secara tidak langsung jawatan itu akan dianggap kosong.

Itu antara perkara yang dijelaskan oleh Penasihat undang-undang UMNO, datuk hafarizam harun dalam sesi taklimat kes berkenaan kepada rakyat di kediaman menteri besar semalam.

Ia adalah hujah yang jelas dan termaktub di dalam undang-undang negara yang menyebabkan pelantikkan dato seri dr zambry sebagai menteri besar yang dipekenan oleh sultan perak sememangnya sah.



End//

No comments:

Post a Comment