Tuesday, February 9, 2010

REAX PEMIMPIN

REAX PEMIMPIN

Keputusan mahkamah persekutuan semalam yang memihak kepada dato seri dr zambry abdul kadir sebagai menteri besar mendapat reaksi yang pelbagai daripada para pemimpin.

Perdana menteri dato seri najib abdul razak mengharapkan rakyat negeri ini memberi ruang dan peluang kepada Datuk Seri dr Zambry menumpukan tugas untuk membela rakyat.

Malah jangan ada pihak yang cuba mempolitikkan keputusan mahkamah itu.

bagi menteri pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat, beliau mengharapkan semua pihak mestilah menghormati keputusan yang dibuat. Keluhuran undang-undang mestilah ditegakkan.

keputusan memihak pentadbiran barisan nasional b-n dianggap perkembangan positif untuk Perak. Demikian pandangan Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu.

Beliau juga menyatakan keyakinannya dalam pilihan raya umum akan datang, dato seri dr zambry mampu memastikan kemenangan ke atas BN.
Pengerusi MCA Perak, Datuk Seri Kong Cho Ha pula meminta semua pihak menerima keputusan mahkamah dan tidak cuba menimbulkan kekacauan di negeri itu.

tidak terkejut dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengisytiharkan Datuk Seri Dr Zambry kekal sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Itu pula reaksi daripada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Panel lima hakim diketuai Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff membuat keputusan sebulat suara bahawa Sultan Azlan Shah telah menggunakan bidang kuasa baginda untuk melantik dato seri dr Zambry sebagai menteri besar.

ia bagi menggantikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang kehilangan undi dalam dewan undangan negeri dan sekaligus tidak melayakkan beliau menjadi menteri besar lagi ketika itu.

End//

No comments:

Post a Comment