Tuesday, February 9, 2010

Kronologi MB

Kronologi MB

Hari ini akan terjawabnya milik siapakah status menteri besar perak.
Mulanya apabila tiga ahli dewan undangan negeri ADUN daripada pakatan rakyat PR mengumumkan keluar parti dan menjadi ADUN bebas yang menyokong Barisan Nasional b-n.

Maka ketika itu timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib abdul Razak mengumumkan BN Perak kini mempunyai majoriti dan layak menubuhkan kerajaan baru.

6 februari 2009 mulanya pelantikkan dato seri dr zambry abdul kadir sebagai menteri besar Perak yang ke-11.

Perlantikkan beliau dipekenan oleh sultan perak, sultan azlan shah.

Namun, pelantikkan menteri besar dan penubuhan kerajaan BN tidak disenangi pembangkang.

Pada 13 Februari 2009, bekas menteri besar, dato seri Mohammad Nizar jamaluddin mengambil tindakan undang-undang memohon mahkamah tinggi mengisytiharkan dirinya masih Menteri Besar yang sah.

Beliau turut memohon injunksi melarang dato seri Dr Zambry daripada menjalankan tugas sebagai MB.

6 mac 2009, kes ini dirujuk ke mahkamah persekutuan bagi mendapatkan penjelasan mengenai isu-isu perlembagaan dalam saman yang difailkan oleh dato seri Mohammad Nizar bagi mencabar kesahihan pelantikan dato seri Dr Zambry sebagai Menteri Besar Perak.

namun pada 23 Mac Mahkamah Persekutuan memutuskan supaya kes tersebut dikembalikan ke Mahkamah Tinggi.

hampir sebulan kes ini dihujahkan, dan keputusan mahkamah tinggi pada 3 April telah memihak dato seri Mohammad Nizar untuk mencabar kesahihan pelantikan dato seri dr Zambry sebagai Menteri Besar Perak.

maka 11 Mei mahkamah tinggi mengistiharkan dato seri Mohammad Nizar masih menteri besar perak yang sah atas alasan beliau tidak pernah mengosongkan jawatan itu.

Sehari selepas keputusan mahkamah tinggi itu dibuat, dato seri dr zambry menfailkan tangguhan keputusan tersebut ke mahkamah rayuan dan Hakim Datuk Ramly Ali membenarkan permohonan itu.

Tarikh 22 mei telah memihak kepada dato seri dr zambry apabila keputusan mahkamah tinggi 11 mei lalu dibatalkan.

Mengikut perlembangaan, pelantikan dato seri Dr Zambry sebagai menteri besar adalah secara sah.

Tidak terhenti di situ, isu siapa menteri besar yang sah terus menjadi tanda Tanya
mahkamah pula menjadi rujukan.

Pada 19 Jun dato seri Mohammad Nizar memfailkan notis usul permohonan untuk kebenaran merayu ke Mahkamah Persekutuan keputusan oleh Mahkamah Rayuan.

5 november, panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang bersidang menangguhkan keputusan kes Dan hari ini penentuan selama tiga bulan itu akan terjawab.

End//

No comments:

Post a Comment