Sunday, February 7, 2010

INOVASI PELANCONGAN

INOVASI PELANCONGAN

Inovasikan produk lama.

Ia satu cara bagi mengembalikan semula prestij produk tempatan khususnya untuk di muatkan dalam pakej pelancongan negara.

Menteri pelancongan, Dato Seri Dr Ng Yen Yen berkata untuk meningkatkan promosi pelancongan, carian produk baru juga penting jika mampu mendapat tempat di pasaran.

Terkini, produk makanan menjadi satu lagi daya penarik.

Kepelbagaian makanan di Negara ini mampu dipasarkan ke peringkat antarabangsa.

Pada masa yang sama, inisatif menerbitkan buku makanan turut digalak bagi menyedia maklumat kepada pelancong.

Ia secara tidak langsung mempromosikan satu lagi daya penarik pelancongan dalam negara.

Kementeriannya juga akan memfokus kepada produk pelancongan bertemakan taman dan kawasan rekreasi tahun ini.

Sekaligus di harap dapat membantu mencapai sasaran jumlah pelancong luar negara tahun ini seramai 24 juta orang khususnya dari China, India dan Asia Tengah.

End//baizura

No comments:

Post a Comment