Wednesday, February 3, 2010

PELANCONGAN PERAK

PELANCONGAN PERAK

Sebuah jawatankuasa khas ditubuh oleh kerajaan negeri Perak bagi mencari formula terbaik untuk merancakkan lagi industri pelancongan di negeri itu.

Jawatankuasa Majlis Pelancongan Negeri turut berperanan membincangkan hala tuju utama industri pelancongan yang turut disertai agensi swasta.

Menurut Exco Pelancongan dan Usahawan Negeri Dato Hamidah Osman ; dibawah pelan induk pembangunan strategik ; 4 aspek diberi penekanan iaitu infrastruktur bertaraf dunia, formasi , pakej pelancongan dan pembangunan menyeluruh.

Beliau yang ditemui di Perak f-m berkata dibawah RMk sepuluh; infrastruktur di pusat pelancongan utama negeri turut ditambah nilai bagi memaksimumkan kepuasan pelancong.

Lebih 3 juta pelancong berkunjung ke Perak tahun lepas dan mensasarkan 3.5 juta pelancong pada tahun ini.

Perak menumpukan kepada pelancongan berbentuk alam semulajadi dan tempat bersejarah.

10 pusat pelancongan disenaraikan termasuk Royal Belum, Hutan Paya Bakau Kuala sepetang dan Kuala Kangsar Bandar DiRaja.

End//hakimie

No comments:

Post a Comment