Friday, February 26, 2010

MENINGGAL RTM

MENINGGAL RTM

Bekas Penyampai berita televisyen dan Pengarah Penyiaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) Pahang, Datuk Chek Hashim Embi meninggal kira-kira pukul 11 pagi tadi.

Allahyarham disahkan meninggal dikediamanya di Seri Manjung akibat menderita penyakit kanser tulang sejak setahun lalu dan menyebabkan kedua-dua belah kakinya lumpuh.

Jenazah beliau akan dikebumikan selepas solat asar.

Datuk Chek Hashim memulakan kerjayanya di RTM pada tahun 1965 sebagai pembantu siaran RTM Pulau Pinang.

Pada tahun 1982, allahyarham ditugaskan sebagai penyampai berita televisyen selama 20 tahun sebelum dilantik menjadi pengarah penyiaran RTM Pahang .

End//

No comments:

Post a Comment