Friday, February 5, 2010

TAHUN BARU CINA II

TAHUN BARU CINA II
Dalam hal yang sama, 470 buah keluarga di kampong baru Bali, tronoh diraikan selama dua hari bermula semalam dalam satu program kemasyarakatan sempena Tahun baru Cina 14 Februari ini.

Kegiatan social persatuan isteri-isteri kakitangan dan kakitangan wanita PETRONAS (PETRONITA) itu turut meganjurkan pelbagai aktiviti seperti gotong-royong, pameran kesihatan, ceramah dan pemeriksaan oleh kakitangan hospital Pantai Ipoh dan pusat perubatan prince court.

Antara lain, sumbangan berbentuk makanan dan ang pau akan diberikan kepada 44 buah keluarga miskin. Juga disumbangkan kerusi roda kepada mereka yang memerlukan.

Majlis penyampaian akan di sempurnakan oleh presiden PETRONita Puan seri Noraini mohd yusof pada hari ini di dewan orang ramai, kampong baru bali.

End//baizura

No comments:

Post a Comment