Thursday, February 11, 2010

POLIS CARI

POLIS CARI

Pihak polis mencari seorang lelaki bangsa cina, Sim Zeng Soon @ Ah Soon berusia 23 tahun untuk membantu siasatan kes penipuan pinjaman wang di Perak.

Menurut kad pengenalan, sim zeng soon menetap di alamat nombor 1082 Taman Tangkak Jaya, 84900 Tangkak, Johor.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenainya boleh menghubungi ASP Ng Swie Chait di talian 05 – 5452252 atau 012 – 3121632.

Sebelum itu, ketua polis perak, dato zulkifli Abdullah menyatakan kejayaan pihaknya menumpaskan sindiket wang palsu ini atau “ah long” dengan tertangkap tujuh lelaki yang disyaki terbabit.

Kesemua mereka ditahan dalam operasi oktober lalu sehingga minggu lepas.

Hasil tangkapan itu, pihak polis berjaya merampas wang tunai 13 ribu ringgit dan berjaya menyelesaikan 31 kes seumpama itu di negeri ini.

Justeru orang awam dinasihatkan menggunakan saluran yang sah untuk membuat sebarang pinjaman wang .

End//

No comments:

Post a Comment