Friday, June 4, 2010

PLKN KUMPULAN TIGA

PLKN KUMPULAN TIGA 4.6.2010
4 PTG

seramai 54 ribu pelatih bakal menjalani program latihan khidmat Negara PLKN kumpulan 3 yang akan berdaftar 19 Jun ini.

12 ribu daripadanya adalah pelatih tangguhan tahun 2004 hingga 2006.

ketua pengarah jabatan latihan Khidmat negara JLKN, datuk abdul hadi awang kechil berkata, bakal pelatih PLKN boleh muat turun notis panggilan daripada laman sesawang JLKN sekiranya tiada sebarang notis yang diterima.

tindakan itu bagi memudahkan segala urusan pendaftaran termasuk permintaan pengecualian dan penangguhan.

jelas datuk abdul hadi, setakat ini sebahagian pelatih untuk kumpulan tiga itu telahpun diberikan notis.

bermula November tahun lepas, JLKN mewartakan akta baru bagi pelatih yang ingkar menjalani PLKN. denda yang dikenakan adalah hukuman menjalani khidmat masyarakat tidak lebih 240 jam.

JLKN juga akan membuat laporan polis berhubung kes itu.

bagi kumpulan kedua pelatih PLKN, mereka akan menamatkan latihan 11 jun ini.

datuk abdul hadi berkata demikian di kem PLKN Nilam ehsan, tapah.

end//

No comments:

Post a Comment