Tuesday, June 8, 2010

CCTV TEMBAK

CCTV TEMBAK

mulai 1 julai depan, 24 buah kamera litar tertutup, CCTV akan beroperasi sekitar Bandaraya Ipoh.

pengawasan 24 jam itu akan dipantau oleh bahagian penguatkuasa Majlis bandaraya Ipoh MBI dan ibu pejabat daerah IPD Ipoh .

Datuk bandar ipoh, Datuk Roshidi Hashim berkata, pihaknya juga akan meletakkan papan tanda di setiap zon yang ditempatkan CCTV.

sekiranya didapati pemasangan CCTV itu tidak sesuai, ia akan diubah ke tempat lain.

lokasi pemasangan mengambil kira kawasan tumpuan orang awam, serta kekerapan jenayah yang berlaku di kawasan tersebut.

dalam pada itu, inisiatif ini diakui dapat membantu pihak polis mengurangkan kadar jenayah.

terdahulu datuk roshidi merasmikan pertandingan menembak anjuran majlis bandaraya Ipoh MBI sempena sambutan 22 tahun bandar itu di Institut latihan TUDM.

pertandingan ini melibatkan 14 agensi kerajaan dengan penyertaan hampir 100 pesertai termasuk tetamu kehormat. kategori ayng dipertandingan ialah sasaran tepat dan kategori jatuh piring.

turut sama menyertai pertandingan ini, ketua polis Perak datuk zulkifli Abdullah.


end//baizura

No comments:

Post a Comment