Tuesday, June 29, 2010

LADIES UPTOWN IPOH

LADIES UPTOWN IPOH

IBU TUNGGAL yang mempunyai hasil produk yang kreatif serta unik kini berpeluang meniagakan produk mereka di “ladies uptown ipoh”.

perniagaan berkonsepkan “evening flea market” atau pasar loak malam itu bakal beroperasi Ogos depan bertempat sekitar bangunan Majlis bandaraya Ipoh MBI.

inisatif Yayasan bina upaya darul ridzuan Y-B-U-D-R dengan kerjasama Majlis bandaraya Ipoh MBI serta pembangunan kemajuan negeri Perak PKNP ini akan menyediakan 40 gerai berserta kemudahan lengkap.

ketua eksekutif Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan, khairul azwan harun berkata setiap gerai dikenakan bayaran sewa 20 ringgit bagi setiap operasi perniagaan.

“ladies uptown ipoh” akan beroperasi setiap hari sabtu bermula pukul 6 hingga 12 tengah malam.

khairul azwan berkata demikian di majlis pelancaran logo ladies uptown ipoh dan laman sesawang Yayasan bina upaya di ipoh.

pelancaran itu disempurnakan pengerusi BAIDURI, datin seri saripah zulkifli.

end//baizura

No comments:

Post a Comment