Thursday, June 24, 2010

GADIS HILANG

GADIS HILANG


Hilang tanpa khabar berita sejak 2 minggu lalu.

Remaja perempuan, Jamilah Burhannuddin 21 tahun yang dihantar rakannya menaiki bas di Hentian Duta untuk pulang ke Ipoh, masih belum ditemui hingga ke hari ini.

Jamilah yang datang ke kuala lumpur untuk menghadiri majlis kenduri kahwin kawannya, menaiki bas pulang ke Ipoh pada pukul 4.30 petang sepatutnya tiba di Ipoh pukul 9 malam.

Namun, menurut bapanya, Burhannuddin Ali; anaknya itu hilang tanpa khabar berita sejak 7 Jun yang lalu.

Gadis yang mesra dengan panggilan Milah itu, seorang yang pendiam dan merupakan anak ke-5 dari 7 orang adik-beradik.

Laporan polis berikutan kehilangannya telah dibuat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Burhannuddin Ali di talian 017-5040 629 atau 05-5330 227 serta balai-balai polis yang berdekatan

END//NANA

No comments:

Post a Comment