Saturday, June 26, 2010

AHLI DEWAN NEGARA

Ahli dewan negara yang juga bekas datuk bandar ipoh Dato Ismail Shahbodin kembali ke rahmatullah semalam pada jam 6.25 petang di hospital pakar ipoh.

Arwah merupakan bekas datuk bandar Ipoh pada tahun 1993 sehingga1994.


Menurut isteri arwah, Datin Fatimah Mohd Rashid, arwah meninggal dunia kerana dipercayai mempunyai darah beracun di dalam badan.


Jelas Datin Fatimah pada mulanya arwah mengadu keletihan dan tidak lalu makan seterusnya arwah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Arwah juga menghidap penyakit jantung dan darah tinggi meninggalkan empat orang anak.

Orang ramai yang ingin menziarahi jenazah beliau boleh berbuat demikian di kediaman no 1 jalan Watson ipoh.

Jenazah beliau akan dikebumikan di tanah perkuburan Gurap selepas solat zohor.

Selain memegang jawatan sebagai ahli dewan negara arwah turut memegang beberapa jawatan lain seperti Lembaga Yayasan Perak, dan Ahli Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Negeri Perak.

Malah turut bergiat aktif dalam beberapa badan bukan kerajaan, NGO seperti pengerusi Majlis Penagakap Negeri Perak, Pengerusi Persatuan Bulan Sabit Negeri Perak, dan timbalan Pengerusi Majlis Kebajikan Negeri Perak.


End// Nur Shazleen

No comments:

Post a Comment