Sunday, June 20, 2010

PM KOMPONEN

Setiap komponen dalam Barisan Nasional, BN mempunyai tanggungjawab besar dalam memastikan sokongan rakyat terhadap parti itu, terus kuat.

Datuk Seri Najib melihat, penglibatan semua parti komponen penting, bagi memastikan pencapaian cemerlang BN dalam pilihnaraya 2004 yang memenangi 2 per 3 kerusi di Parlimen, mampu diulangi.


Mengulas mengenai senario politik semasa, yang mengalami pasang surut, terutama trend sokongan yang diterima BN ketika ini, Perdana Menteri berkata, perkara itu sememangnya LUMRAH dalam sesebuah negara demokrasi seperti Malaysia.

Apa yang penting, rakyat perlu bijak menilai dan menerima keadaan itu dengan matang.

Bagi BN sendiri, Perdana Menteri menggesa agar setiap pemimpin parti komponen jangan berpeluk tubuh.

Sebaliknya mereka harus memperkuat iltizam untuk bekerja lebih kuat, kerana rakyat mula menyenangi apa yang BN lakukan sekarang.

[[UPSOUND:
Q IN:
DARIPADA SEJARAH UMNO DAPA T DILIHAT KEESIMPULAN BAHAWAS JASA UMNO DAN BN KEPADA NEGARA SESIAPUN TAK DAPAT NAFIKAN DAN TELAH TERCATAT DALAM SEJARAH NEGARA. UMNO PASTI BERJASA KEPADA RAKYAT.
Q OUT: ]]

Berucap merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Bagan Datok, Datuk Seri Najib mengingatkan, rakyat mahukan pemimpin yang rendah diri, dekat dengan rakyat, mudah didekati.

Rakyat juga cenderung menolak pemimpin yang hanya bijak berkata-kata menabur janji tanpa menunaikan setiap yang dijanjikan.

Perbezaan ketara senario politik dahulu dan sekarang, mendesak pemimpin BN untuk bekerja lebih kuat demi memenuhi aspirasi rakyat yang tidak boleh digula-gulakan dengan wang ringgit, peruntukkan, apatah lagi janji-janji kosong.

Perdana Menteri berada di Perak sempena lawatan kerja sehari beliau yang bermula hari ini.

End//

No comments:

Post a Comment