Friday, June 11, 2010

“extravaganza One Alumni” PPUO

“extravaganza One Alumni” PPUO


“extravaganza One Alumni” anjuran julung kali jawatankuasa Alumni Politeknik Premier Ungku Omar, PPUO menyasarkan 500 bekas pelajar menjayakannya.

pengerusi Alumni PPUO, ir Mazelan mansur berkata, program itu sepenuhnya melibatkan golongan belia.

walaupun bilangan ahli seramai empat ribu 500 orang, namun aktiviti sebelum ini terbatas kepada ahli senior sahaja.

dalam sidang media yang sama, pengerusi “extravaganza One Alumni” Muhammad ashraf zakaria berkata usaha ini adalah inisiatif memperkenalkan dan menggerakkan imej alumni PPUO secara menyeluruh.

sehingga kini penyertaan program ini diterima amat memberansangkan. malah ia terbuka kepada semua bekas pelajar PPUO sejak dari penubuhannya.

extravaganza One Alumni akan diadakan pada 31 Julai depan di Lost World Of tambun.

selain itu, turut dianjurkan perlawanan futsal dan perlawanan bowling.
masing-masing diadakan pada 25 Jun dan 3 Julai.

maklumat mengenai program ini boleh menghubungi mohd asraf di talian 012 501 3630 atau daud adam 017 532 2548.

end//baizura

No comments:

Post a Comment