Wednesday, June 9, 2010

FORUM REMAJA

Masalah gejala sosial yang semakin berleluasa harus ditangani dengan segera dan berkesan.

Ini kerana tanpa tindakan yang sewajarnya masalah ini akan lebih membimbangkan berikutan remaja adalah pengerak utama negara.

Menurut Pengerusi Badan Amal Negeri Perak, BAIDURI, Datin Seri Saripah Zulkifli sekiranya ibu bapa dan masyarakat hanya mampu bimbang dengan masalah ini namun tiada usaha ia tidak dapat mengatasi masalah yang berlaku.

Oleh itu amat penting kesedaran semua pihak membanteras masalah gejala sosial di kalangan remaja kerana remaja merupakan aset negara yang sangat bernilai dan harus dijaga.

Justeru memandang serius masalah yang melanda pada hari ini pihak Baiduri telah menganjurkan forum agama yang berlangsung pada pukul 9 pagi tadi di dewan serbaguna di kediaman Menteri Besar Perak.

Forum di sampaikan oleh dua panel iaitu Ustazah Dato' Dr. Mashitah Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, dan Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pensyarah kanan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.


End// Nur Shazleen Mohd Abd Rahim

No comments:

Post a Comment