Tuesday, June 8, 2010

FIESTA PIALA DUNIA

FIESTA PIALA DUNIA 8

BERITA SUKAN

HANYA tiga hari lagi kemuncak piala dunia kian dirasai.

sebanyak 64 perlawanan bakal ditontonkan kepada peminat bola sepak.

program ‘Perak AmanJaya Fiesta Piala Dunia 2010’ antara anjuran untuk menyemarakkan kejohanan berprestij itu.

Teluk Intan menjadi lokasi pilihan untuk menganjurkan program itu yang bermula dari 11 Jun hingga 12 julai.

tumpuannya ialah di Dataran Menara Condong, Arena Square Teluk Intan, dan padang bola sepak Speedy.

Exco belia dan sukan, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata pelbagai aktiviti disediakan kepada pengunjung termasuk, permainan futsal, tayangan video mengenai bola sepak dan juga sejarah bola sepak.

juga disediakan skrin besar bagi menyaksikan 12 perlawanan sepanjang kejohanan bola sepak piala dunia berlangsung.

bagi memriahkan fiesta itu, datuk zainol fadzi berkata 50 tapak niaga ditawarkan secara percuma.

Dianggarkan fiesta ini dihadiri 500 ribu pengunjung.

Perak AmanJaya Fiesta Piala Dunia 2010’ adalah anjuran bersama kerajaan negeri dengan institut darul ridzuan (I-D-R) dan super economy .com.

END//nana

No comments:

Post a Comment