Wednesday, June 9, 2010

LEMBAH LENGGONG

United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization, UNESCO akan mengistiharkan kawasan lembah Lenggong di perak sebagai tapak warisan dunia.

Kerajaan negeri akan mengadakan kerjasama dengan pihak UNESCO, bagi mempromosikan kawasan lembah Lenggong sebagai tapak warisan dunia.

Ini terbukti menerusi penemuan “Perak Man” di Lenggong.

Menurut Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Dr. Zambry Abd Kadir, pengistiharaan Lenggong sebagai kawasan sejarah tapak dunia mampu menarik lebih ramai bilangan pelancong berkunjung ke negeri ini.

Tambah beliau kawasan yang wujud sejak 1.83 juta tahun yang lalu merupakan tapak penemuan tamadun terawal dunia.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco mingguan di Teluk Intan hari ini.


End// Nur Aimidiyana Zuher

No comments:

Post a Comment