Saturday, June 12, 2010

DEMAM BOLA PERAK

Di Perak.... fiesta piala dunia diadakan di di Dataran Menara Condong, Teluk Intan sepanjang berlangsungnya kejohanan.

Sesuai dengan lokasinya sebagai kawasan tarikan pelancong....skrin besar dipasang di dataran ini supaya penonton dapat menyaksikan setiap perlawanan dengan lebih jelas.

Selain itu pelbagai gerai jualan juga disediakan bagi kemudahan orang ramai.

Fiesta yang berteraskan konsep Perak Aman Jaya ini dijangka dihadiri seramai 300 ribu orang.

Selain tayangan siaran langsung turut diadakan aktiviti bersukan serta pameran manakala pada setiap hari sabtu dan ahad diadakan 'MINI SOCCER' di Stadium Mini Teluk Intan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Institut Darul Ridzuan, Aminudin Hashim, program ini bukan sahaja akan menjadi tarikan pelancong malah dapat meningkatkan ekonomi rakyat tempatan.

UPSOUND:
Q IN: SUPAYA KITA DAPAT MEMBAWA APA YANG DIPANGGIL MEMBERI PELUANG BERKUALITI,…

Q OUT:…PENDAPATAN YANG BERKUALITI DAN KEHIDUPAN YANG BERKUALITI.

SUPER: AMINUDIN HASHIM, KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF INSTITUT DARUL RIDZUAN,

end//Nur Shazleen Mohd Abd Rahim

No comments:

Post a Comment