Wednesday, June 2, 2010

KEGANASAN RUMAH TANGGA

Semua pihak memandang serius untuk membanteras jenayah keganasan rumah tangga.

Oleh itu Polis Diraja Malaysia, PDRM mengambil inisiatif menubuhkan unit baru iaitu D-11, sebuah unit cawangan seksual wanita dan kanak-kanak dan dikendalikan oleh pegawai polis wanita sahaja.

Ia bertujuan memberi perlindungan kepada golongan wanita yang teraniya.
Dalam pada itu, kerajaan negeri melalui Exco Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan memperuntukkan 100 ribu ringgit bagi tujuan yang sama.

Pengerusi jawatankuasanya Dato’ Hamidah Osman berkata pihaknya turut menubuhkan pusat perlindungan yang telahpun beroperasi dan diletakkan di bawah kendalian badan bukan kerajaan NGO.

Bagi memastikan golongan wanita dan kanak-kanak dibantu, Jelas datuk Hamidah memberitahu mulai bulan depan sesi dialog bersama NGO dan agensi kerjaan akan dibuat. Ia bagi melaraskan aktiviti jabatan.

Datuk hamidah berkata demikian di ipoh.

End// Nur Shazleen Mohd Abd Rahim

No comments:

Post a Comment