Friday, June 25, 2010

PAMERAN ORKID

PAMERAN ORKID

Kerajaan negeri Perak akan menganjurkan pameran orkid antarabangsa pada tahun depan.

Dengan adanya pameran ini ia dapat menarik ramai pelancong ke negeri Perak.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Perak Datuk Dr Mah Hang Soon pameran orkid ini dapat membantu meningkatkan ekonomi negeri.

Jelas Datuk Dr Mah Hang Soon sebelum ini penganjuran peringkat antarabangsa pernah diadakan pada tahun 2003 oleh Persatuan Orkid Ipoh dan mendapat pengiktirafan The Malaysia Book of Records sebagai pertandingan orkid terbesar negara.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Orkid Ipoh anjuran Persatuan Orkid Ipoh dan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di perkarangan bangunan MBI.
.
Pesta orkid ini berlangsung sehingga 29 Jun ini, dan dibuka kepada orang ramai dari pukul 9 pagi hingga 9 malam.

end//

No comments:

Post a Comment