Thursday, June 3, 2010

PENCEROBOHAN TANAH

Pejabat Tanah dan daerah tapah, menarik lesen penempatan sementara T-O-L terhadap Sembilan orang penduduk di Chenderiang.

Ia berikutan sangkaan bahawa penduduk di situ telahpun melanggar syarat penempatan dengan mengusahakan tanaman mangga.

Namun sebaliknya, penduduk mendakwa, perbuatan tersebut dilakukan sebuah syarikat tempatan yang tidak bertanggungjawab menceroboh kawasan penempatan itu.

Memandang serius masalah yang berlaku exco kerajaan tempatan Dato’ Dr Mah Hang Soon, mengarahkan pejabat tanah dan daerah Tapah memperoleh maklumat terperinci berkaitan syarikat yang terlibat dengan kes berkenaan.

Ia kerana dipercayai syarikat tersebut turut terlibat dengan aktiviti pencerobohan di beberapa kawasan lain sekitar negeri Perak.

Buat masa ini, penduduk di Chendering telahpun membuat laporan polis tentang kejadian tersebut.

End// Nur Shazleen Mohd Abd Rahim

No comments:

Post a Comment