Friday, June 4, 2010

MB MBE

MB MBE 4.6.2010
4 PTG

Kerajaan negeri Perak akan mengerakkan program dan dasar-dasar pertumbuhan berlandaskan pendekatan 3 (D)
(Distance, Division dan Density ) Kepadatan, Jarak dan kesempadanan sebagai usaha untuk mencapai pembangunan seimbang.

3 aspek utama ini akan diguna dalam memacu rangkaian pertumbuhan dan pembangunan diseluruh pelusuk negeri.

Menurut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Institut Darul Ridzuan (IDR) telah dipertanggungjawab bagi merangka serta memastikan dasar keterangkuman dan kemampanan pertumbuhan berjalan dengan lancar.

Jelasnya lagi, kesan daripada pelaksanaanya nanti akan memberi impak kepada 3 Q iaitu peluang , pendapatan dan kehidupan yang berkualiti.

Ia sejajar dengan Model Baru Ekonomi (MBE) dalam menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan mentransformasi ekonomi ke baru berteraskan kepada pendapatan tinggi.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Forum Kedudukan Perak dalam Model Baru Ekonomi MBE di Ipoh.

Forum ini dihadiri lebih 200 orang peserta yang terdiri daripada ketua-ketua jabatan, peniaga dan ahli ekonomi.

end//HAKIMIE

No comments:

Post a Comment