Wednesday, June 30, 2010

FORUM KANSER PUSPANITA

KANSER PAYUDARA

samada ada sedar atau tidak, mahupun tahu atau tidak, kematian akibat kanser adalah dua kali ganda lebih tinggi daripada penyakit AIDS.

kanser juga dilaporkan adalah penyakit kedua terbesar yang dialami rakyat Malaysia selepas penyakit jantung.

bagi kaum wanita, kanser payudara adalah pembunuh utama berbanding kanser lain seperti kanser serviks, kanser usus besar dan kanser ovari.

walaupun kesedaran mengenai kanser payudara dilaporkan meningkat, namun masih perlu diingatkan langkah pencegahan wajar diambil.

ia berikutan kebanyakkan kes pesakit kanser payudara yang dikesan berada pada tahap serius.

laporan tahun 2002 mendapati nisbah risiko kanser payudara bagi kaum wanita di negara ini antara 1 kes berbanding 12 orang.

bersama pakar pembedahan hospital raja permaisuri bainun dr chan ching phing,

up sound [[cut 1]]
q in : kalangan wanita tidak perlu fikir takut saja,.
Q out : … saya rasa golongan wanita akan lebih tambah.

dr chan ditemui di Ipoh selepas menyampaikan ceramah tentang kanser payudara sempena forum kanser;bebaskan diri anda daripada kanser anjuran PUSPANITA negeri Perak.

ia dirasmikan Penaungnya Datin seri Saripah Zulkifli.

dalam pada itu, semua wanita berusia 20 tahun ke atas disarankan melakukan pemeriksaan sendiri payudara PSP setiap bulan sepanjang hayat.

waktu yang terbaik melakukan PSP adalah pada hari ke tujuh hingga ke 10 selepas seseorang mengalami haid.

END//baizura

No comments:

Post a Comment