Monday, June 14, 2010

BOLA SEPAK

Sedikit berita sukan.
Pertandingan sukan antara sempadan antara Pengkalan Hulu dan Betong, Thailand.
Pasukan belia Betong memenangi perlawanan bolasepak persahabatan setelah menewaskan pasukan RELA negeri Perak dengan empat gol berbalas dua.
Hujan lebat ketika perlawanan tidak memudarkan semangat pemain.
Kedua-dua pasukan mempamerkan permainan yang memberangsangkan. Bagaimanapun kemenangan berpihak kepada Belia Betong.
Hadiah disampaikan oleh wakil datuk bandar betong, Suzana ishak.
Acara sukan sempadan yang pertama kali diadakan ini bertujuan mengeratkan hubungan antara dua negara yang bersempadan iaitu Perak dan Thailand.

No comments:

Post a Comment