Thursday, June 3, 2010

ANUGERAH CEMERLANG

Tumpuan bagi meningkatkan produktiviti dan kecekapan modal insan perkhidmatan awam dibuat secara berterusan bagi memastikan ia terus relevan dan berdaya saing.

Sehubungan itu penjawat awam perlu meningkatkan tahap prestasi dan bekerja dengan penuh integriti.


Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Hashim berkata pembangunan modal insan menjadi penggerak utama produktiviti negara.

Menurutnya anggota yang komited penting dalam memacu jentera pentadbiran negeri yang cekap.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya di majlis penyampaian anugerah perkhidmatan cemerlang perkhidmatan awam negeri Perak di Ipoh.


Datuk Seri Dr Abdul Rahman berkata anugerah yang diberikan bukan sekadar menghargai jasa penerima malah menggalakkan lagi prestasi penerima supaya lebih berdaya saing.

Perkhidmatan awam negeri perak adalah antara yang terbaik dalam negara.

Seramai 65 menerima anugerah ini yang disampaikan oleh Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir.

End// Nur Shazleen Mohd Abd Rahim

No comments:

Post a Comment