Tuesday, June 8, 2010

OPS KUTU RAYAU

Majlis Bandaraya ipoh, MBI mengadakan operasi menyelamatkan pengemis dan kutu rayau malam tadi di sekitar Ipoh.

ia bertujuan memelihara imej bandar ini ke arah Ipoh bersih, hijau dan membangun.

ketua operasi yang juga pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kinta, Encik Mohd Mahir Mohd Tahir berkata, seramai 58 kutu rayau berjaya ditahan.

Lapan daripada didapati terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
Manakala, 39 yang ditahan diletakkan dibawah Perintah Tahan Sementara mengikut Seksyen 3 fasal 2 Akta orang Papa 1977 selama sebulan.

Dalam pada itu, 11 yang lain ditahan diserahkan kepada ahli keluarga masing-masing.
Kebanyakkan mereka ialah kutu rayau.

Menurut encik mohd mahir, operasi ini dibantu 140 anggota penguatkuasa daripada lapan buah agensi iaitu MBI, Agensi Anti Dadah Kebangsaaan Daerah Kinta (A-A-D-K),Jabatan Pendaftaran Negara JPN Negeri Perak, Jabatan Imigresen, Jabatan Agama Islam Perak, Pejabat Kesihatan, RELA dan pasukan Polis daerah Kinta.

Operasi berakhir pukul 5 pagi.

End//Nur Aimidiyana Zuher

No comments:

Post a Comment