Wednesday, June 23, 2010

KOPERASI JHEOA

KOPERASI JHEOA

masyarakat orang asli tidak perlu bergantung kepada orang tengah dalam penjualan produk kraftangan yang dihasilkan.

kini, melalui jabatan hal ehwal orang asli JHEOA Malaysia, koperasi akan ditubuhkan bagi memasarkan produk dengan lebih berkesan.

ketua Pengarahnya, Datuk mohd sani mistam berkata strategi tersebut adalah untuk membasmi kemiskinan dan sekaligus meningkat pendapatan isi rumah selaras dengan rancangan Malaysia Ke – 10 RMK 10.

dalam pada itu, kerajaan juga mempertimbangkan pemberian hak milik tanah kepada orang asli terutamanya untuk membantu merancakkan dalam aktiviti pertanian mereka.

sehingga tahun 2009 kadar kemiskinan orang asli ialah 50 peratus, dan menjelang tahun 2015 disasarkan penurunannya kepada 25 peratus.

datuk mohd sani berucap ketika merasmikan majlis penutupan program mesra minda negeri Perak dan Kedah di RPS Jernang, Sungkai.

program yang bermula semalam melibatkan 17 agensi kerajaan termasuk suruhanjaya pilihanraya SPR, agensi anti dadah kebangsaan AADK, jabatan pertanian, lembaga koko Malaysia dan jabatan kesihatan.

end//baizura

No comments:

Post a Comment