Wednesday, June 9, 2010

PENGALAMAN GAZA

Kepulangan Ahli Parlimen Parit, Yb Nizar Zakaria yang merupakan salah seorang sukarelawan negara yang menyertai misi ke Gaza dinanti-nantikan seluruh penduduk Parit.

Sebagai menghargai pengorbanan Yb Nizar, majlis menyambut kepulangan beliau diadakan di Rumah Rehat Cempakasari, Parit.

Menurut Yb Nizar Zakaria sepanjang berada di sana biar pun beliau dilayan dengan kejam namun ia tidak sedikit pun mematahkan semangatnya untuk meneruskan perjuangan.

Detik mencemaskan apabila radar kapal yang dinaiki beliau tidak dapat berfungsi adalah pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Jelas Yb Nizar, misi sukarelawan ini merupakan tanggungjaawab semua negara dan ia tidak akan berhenti disini sahaja.

Turut hadir Ahli Dewan Udangan Belanja, Dato’ Mohd Zaim Abu Hasan dan Adun Bota, Dato Nasarudin Hashim.


End// Nur Shazleen Mohd Abd Rahim

No comments:

Post a Comment